@jefrimejan79: Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Mohd Sani bin Hassan (Mamet) dan Al Fatihah (dibaca). #jefrimejan79 #baktiuntukijok #ijok #alfatihah #takziah
إنَا لِلَهِ وَإِنَا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاللَهُمَاغْفِرْلَهُوَارْحَمْهُوَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُYa Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah, sejahterakanlah dan maafkanlah segala kesalahannya.
Pagi ini, selepas mubeng-mubeng di sekitar Kg. Ijok, saya dapat membantu Krew Kubur Kg. Ijok untuk menyiapkan liang lahad buat Allahyarham Mohd Sani bin Hassan (Mamet) dari Jalan Pakat 2, yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi di kediamannya.
Urusan mandi, kafan dan solat jenazah telah disempurnakan di Masjid Nurul Iman sebelum Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Ijok.
Alhamdulillah, dapat juga menyumbang sedikit kudrat dalam menguruskan pemergian saudara kita.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, menerima amal kebaikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah (dibaca)
2026-11-14 06:35:05
0
ani :
2026-11-14 05:59:49
1
To see more videos from user @jefrimejan79, please go to the Tikwm
homepage.