@theonlyisakhan: Penyondol ni bukan sekadar merampas kebahagiaan orang lain, tapi dia turut menghancurkan sebuah keluarga yang telah di bina selama bertahun tahun. Jangan terlalu bangga menjadi pilihan seseorang yang sudah mempunyai pasangan. Kalau lelaki yang kau sondol tu sanggup khianati isteri dia sendiri, tak mustahil satu hari nanti dia akan khianati dan tinggalkan kau pula untuk perempuan lain. Tak ada apa yang perlu di banggakan dengan merosakkan rumah tangga orang lain kerana perbuatan itu tersangatlah kejam. Jangan sebab terlalu mengikut nafsu dan sanggup menjadi sebab air mata seorang isteri, penderitaan anak anak dan hancurnya sebuah keluarga. Ingat.. Mungkin kau boleh sembunyikan perbuatan jijik kau tu, tapi Allah Swt tak pernah terlepas daripada melihat setiap pengkhianatan yang berlaku. Jangan bina kebahagiaan di atas kehancuran hidup orang lain.