@satubenda.my: IRAN CABAR AMERIKA, PERANG BAHARU BAKAL TERCETUS? 🇮🇷🇺🇸 Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat kembali memuncak apabila Iran mendakwa telah menyerang sistem radar amaran awal milik Amerika di Bahrain. Bagaimanapun, pihak Amerika menafikan radar tersebut telah dimusnahkan dan mendakwa dua dron Iran yang menuju ke Bahrain berjaya dipintas. Di sebalik percanggahan kenyataan kedua-dua negara, satu persoalan mula timbul… Adakah ini sekadar perang saraf, atau petanda konflik lebih besar bakal berlaku? Pada pandangan korang, adakah Iran benar-benar berani mencabar kekuatan Amerika? #SatuBenda #Iran #AmerikaSyarikat #BeritaDunia #Geopolitik