@melakatv: PRN MELAKA: APA JUA KEPUTUSAN BAN HONG TETAP SETIA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT 14 November - Khidmat kepada rakyat tidak seharusnya terhenti selepas pilihan raya, malah akan diteruskan tanpa mengira keputusan yang bakal diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong. Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) berkata, pendekatan itu menjadi tradisi BN dalam memastikan tanggungjawab dan perjuangan untuk masyarakat terus dilaksanakan, sama ada ketika memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun sebaliknya. Menurutnya yang telah berkhidmat lebih 20 tahun di DUN Kelebang, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksikannya terus setia berkhidmat membantu rakyat di kawasan itu. 🎥 Faris Haikal Zakaria #BanHong #BarisanNasional #BN #Klebang #MelakaTV