@thetyposhophq: Suha kurang suggest ahli keluarga pakai tema 2 tone colour masa Majlis Perkahwinan tau. Contohnya pengantin dah pilih tema Dubai Pistachio, kemudian ahli keluarga pula pilih tema Paddle Pop. Bayangkan pengantin dah ada gabungan 2 warna, ahli keluarga pula bermain dengan 2 warna yang berbeza. Bila semua berkumpul dan bergambar sekali, terlalu banyak permainan warna sampai gambar nampak sedikit caca-marba dan kurang harmoni. Bukan warna Paddle Pop tu tak cantik tau. Cuma bagi Suha, gabungan warna macam ni lebih sesuai untuk Hari Raya bukan untuk Majlis Perkahwinan Kalau untuk Majlis Perkahwinan, Suha lebih suggest ahli keluarga pilih satu warna sahaja supaya keseluruhan gambar nampak lebih kemas dan seimbang. #SongketThailand #premiumPleated #kainpasangwedding #matchingbajukahwin #valentinodullsatin