@mada19974: KANTOI BAWA 2,000 PIL YABA GARA-GARA TIADA NOMBOR PLAT! Cubaan seorang lelaki berusia 33 tahun membawa bekalan dadah terbongkar selepas tindakan mencurigakannya menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran dikesan polis dalam Op Tapis di Rantau Manis, Gua Musang. Hasil pemeriksaan di dalam raga motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu menemui 10 bungkusan plastik mengandungi 2,000 biji pil disyaki Yaba (pil kuda) seberat 200 gram yang dianggarkan bernilai RM20,000. Ujian saringan air kencing turut mengesahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine selain memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. #BeritaTerkini #KesDadah #PDRM #GuaMusang #JenayahMembawaPadah