@melakatv: AB RAUF INGATKAN WAKIL RAKYAT, JAWATAN BUKAN KEISTIMEWAAN 15 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh memberi jaminan Kerajaan Negeri tidak akan berhenti berusaha dan bekerja dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat Melaka meskipun mengakui bukan semua isu serta cabaran mampu diselesaikan dalam tempoh singkat. Beliau berkata, mandat baharu yang diberikan rakyat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan kepada komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. 🎥 Hasbullah Azhar #PRN #WakilRakyat #PRNMELAKA #Melaka #MelakaTV