@netizendaily.my: Penunggang Motosikal Kena Tegur, Menunggang Sambil Rekod Kemalangan. Satu video tular di Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang penunggang motosikal dipercayai ditegur ketika sedang merakam situasi di jalan raya. Menerusi perkongsian pengguna @muhd.lancelot, video tersebut memaparkan keadaan trafik yang perlahan berhampiran sebuah lori pengangkut kenderaan. Perkongsian itu disertakan kapsyen, “Eleh nak record pun tak oyeh”, sebelum mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen mengingatkan bahawa penggunaan telefon ketika menunggang motosikal boleh membahayakan keselamatan, walaupun dalam keadaan trafik perlahan. Menariknya, pemilik video sendiri mengakui perbuatannya salah dan menjelaskan bahawa dia sekadar bergurau dengan individu yang menegurnya. 💬 Apa pandangan korang? Wajar ditegur walaupun trafik sedang perlahan? 📢 Jangan Lupa Like, Comment & Repost Berita Ni. Follow Netizen Daily Untuk Berita dan Info Terkini. #penunggang #motosikal #polis #beritatiktok #beritaterkini 📹 Sumber: Threads @muhd.lancelot