@duniaartismalaysia: ISU KELUARGA ADAM AUTISME DAN ‘AKAK BAJU MERAH’ SEMAKIN PANAS, SUAMI WANITA ITU DAKWA BAKAL HANTAR LOD Isu membabitkan keluarga Adam Autisme Family yang didakwa diminta meninggalkan tempat duduk di sebuah premis makanan kerana kawasan berkenaan sudah ditempah terus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Kontroversi itu turut mengheret seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Akak Baju Merah’ apabila tindakannya menjadi perhatian selepas video kejadian tersebut dimuat naik oleh keluarga Adam Autisme menerusi media sosial. Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa dia tidak pernah mengarahkan keluarga tersebut berpindah untuk makan di bawah tangga seperti yang diperkatakan. Terbaharu, suami kepada wanita berkenaan mendakwa pihaknya sedang mengambil tindakan lanjut dan bakal menghantar surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) kepada ibu bapa Adam Autisme. Menurutnya, isterinya terkesan dengan kontroversi tersebut sehingga berdepan kecaman serta komen berunsur penghinaan terhadap fizikal atau body shaming. Malah, keadaan itu didakwa menyebabkan isterinya sukar tidur kerana mahu membersihkan nama baiknya. Suami wanita itu turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta pengakuan daripada pelayan restoran berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian. Dalam perkembangan sama, anak kepada keluarga Adam Autisme, Arena Lieya, turut tampil meluahkan perasaan bersalah dan mengakui dirinya berada dalam keadaan serba salah. Menerusi perkongsian di media sosial, Arena menjelaskan bahawa dia amat menyayangi keluarganya dan akan sentiasa memberikan sokongan. Namun, perkara itu tidak bermakna dia bersetuju dengan setiap tindakan atau kenyataan yang dibuat oleh ahli keluarganya. "I'm honestly torn in between. "I love my family, and will support them but it doesn't mean i also agree with everything they say or do," luahnya. Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian berkenaan juga telah dibuat. Setakat ini, orang ramai masih menantikan penjelasan lanjut daripada pihak-pihak terlibat bagi mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi tersebut. Dunia Artis Malaysia HQ #artismalaysia #adamautism #akakbajumerah #fyp #duniaartis
duniaartismalaysia
Region: MY
Sunday 15 November 2026 16:21:05 GMT
Music
Download
Comments
ramja :
adam’s family dont speak the truth after all
2026-11-15 16:32:24
211
norisalwa :
Kadang2 kita ada anak istimewa jgn terlalu mengharap sume org nk harap n kesian dgn keadaan kita dan jangan sesekali kita gunakan keadaan kita untuk org faham kita jugak.. kita sama2 manusia kita ada tanggjwb kat diri kita, kat anak2 n dekat org lain jgk..
2026-11-16 02:49:39
250
imRoselle :
tapi kan kalau dah tulis reserved.. kne lah faham.. jangan lah makan kt situ lg.. jgn sbb kte ad ank special, kte nk smua org treat kte special jgk.. kte semua manusia biasa..
2026-11-16 02:38:07
252
xiao caii :
kalau nak diikutkan yang betul salah owner tempat tersebut.... sepatutnya kena letak notice di bahagian pintu...
BAHAWA KAWASAN INI TELAH DI TEMPAH UNTUK MAJLIS MAKAN ATAU UNTUK SAMBUTAN PARTI PARTI....
2026-11-15 22:14:41
128
jam mell :
budi bicara itu penting.. siapa yg ada ank autism jer yg faham.. syurga tu mahal ingt senang ke nk masuk...
2026-11-15 21:59:01
429
Derasa trading :
sy pun ada ank istimewa, autism.. kita xblh harapkan smua org Fahmi dan beri layanan istimewa pada ank kita, sbb org pun ada ketika perlukan privasi dan masa.. kita sebagai ibu bapa ank istimewa perlukan mainkn peranan penting.. jgn ingat bila kita ada ank istiwa kita nk smua org Fahm ank kita
2026-11-16 01:41:23
100
fadil :
Kepada Rakyat Malaysia..hargailah kepada anak anak istimewa ini..Mereka juga ada Hak menikmati layanan istimewa dari kita.
2026-11-15 18:13:32
444
Connie Yong :
Shame on the lady for being not understanding and selfish. Don't take to heart Adam's family God bless you and your family.
2026-11-15 22:27:40
21
WolfGuy :
Aku ada baca somewhere ayat ni, "anak syurga, parents neraka".
2026-11-15 23:18:08
148
Acik Kantan :
YANG SALAH ADA LAH TUAN PUNYA KEDAI..
DAH TAHU KEDAI KAU DPT TEMPAHAN EVENT LETAK PENGHALANG LAH KT PINTU MASUK..INI HNYA TAMPAL SEKEPING KERTAS..
BELI MANILA KAD BESAR2 TULIS JELAS2
"CLOSED FOR PRIVATE EVENT
2026-11-16 01:08:31
56
❤H6626 :
mula sy pun sokong pas tahu cite sebenar mcm kluarga adam nie yg bermasalah..
2026-11-16 02:10:28
34
JJ 🇲🇾 🇹🇭 🇨🇳 🇩🇪 🇫🇷 :
Kalau ini majlis peribadi yang aku anjurkan, dan ada orang yang tersalah masuk atau hadir tanpa jemputan sekalipun, aku tetap akan menyambut mereka dengan tangan terbuka, seperti keluarga Adam. Apa salahnya? Bukankah lebih baik kita berkenalan dan menambah sahabat daripada memandang mereka sebagai orang luar? Aku tak pernah anggap kehadiran seseorang sebagai satu masalah. Lagi ramai kawan, lagi meriah!
2026-11-16 02:53:03
39
365days :
i hope there's a good way of solving this issue between both families, after all end of the day we are all trying hard to protect our loves one. mohon maaf and memaafkn is bitter sweet. 🥰
2026-11-16 05:37:56
0
BuDaK NaKaL 🎣 :
Anak dia ni istimewa..Sape yg ade masalah anak mcm ni je faham.Sbb budak mcm ni dia xfaham kite..Dia faham ape dia nak je...So jgn cakap bukan² ..Klu iya pun gunalah akal sihat utk menyelesaikan masalah..Jangan sampai 1hr nanti Allah akn hadirkan insan istimewa ini dlm keluarga anda..
2026-11-15 23:20:29
61
크리스틴🌻 :
Maybelah kan Sbb I ada anak buah autistic hmmm restaurant should consider having a separate room for parents with special children or family members so that both parties can enjoy their meals coz like us they are also humans
2026-11-16 05:41:17
0
Timmee :
we pay to eat so can eat anywhere unless the restaurant is FOC
2026-11-16 02:47:09
0
Vijayalakshmi Thinagaran :
very sad
2026-11-16 04:11:51
0
zirä zaini :
empathy
2026-11-16 03:48:54
0
atie :
15 minit je mkn, tp boleh jadi setengah jam klu dia mengamuk. nak pulak tgh ramai2 org... dah la tempat org booking.. tachood... 🙄
2026-11-16 03:45:12
5
yezza :
duduk kejap nak bagi anak makan sampai habis... ok kan. bagi lah masa sekejap.
2026-11-15 23:37:30
30
🔥Miss_A🔥 :
aku dipihak akk baju merah dia ade explain A-Z
2026-11-16 00:42:12
104
Nisa🐨 :
diaorg buat adam ni utk konten ke? tergamak nya. kalau yg betul² berfikiran mana mahu nak tunjuk kat sosial media anak autism. kesian adam[Crying][Crying][Crying]
2026-11-15 23:23:39
27
Faz :
awak maafkan jela.. bukan Senang nak handle anak autisme.. mungkin si ayah panik bila kedai close.. Dan awak panik sebab Ada orang lain Yang datang kedai sebelum private event.. jadi panik ni lah Yang menyebabkan act out of control.. maafkan lah .. hati akan jadi tenang..
2026-11-15 17:55:48
66
khairul7225 :
teruskan berjuang keluarga Adam. apa2 pun saya di belakang akak baju merah tu.
2026-11-16 03:34:04
10
Zareth Adia :
Salah kedai.. patot akk tu pon report owner kedai.. apesal nk report family adam...??
2026-11-16 00:38:28
12
To see more videos from user @duniaartismalaysia, please go to the Tikwm
homepage.