@nadmasrom: Ibu berpantang ditemukan terapung di Sungai Johor pada petang 13 November 2026 dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kota Tinggi. Saya tak pasti apa yang ibu lalui. Sama ada terjatuh atau postpartum depression (PPD) atau psikosis. Saya adalah ibu yang pernah alami PPD & psikosis selepas kehilangan anak pertama saya. Memang boleh dengar bisikan seperti 'terjun terjun terjun' dan terpandang sesuatu (bukan hantu tapi imej seperti tali gantung) yang bagi signal kat otak bila buat rasa LEGA dari segala masalah. Masa tu yang buat saya jadi lagi teruk bila ada saudara yang salahkan kematian anak berpunca dari saya. Saya dirujuk ke psikiatri, OT dan ada kaunselor terapi juga. Saya cuma boleh cakap, kalau tak pernah alami kita akan sangat mudah judge ibu-ibu lain as lembik, tak kental dan sebagainya. Sebab tu bila saya kendalikan kes kaunseling, untuk ibu yang burn out saya suruh TIDUR je dulu. REHAT. Tentang susu ibu yang 'sikit', drop dan sebagainya saya minta abaikan dan kita reset balik semuanya nanti. Ramai yang sedang struggle emosi, fikiran dan perasaan. Kita yang sihat ni cukup berbuat baik kepada orang lain. Jangan jadi jahat!

nadmasrom
nadmasrom
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 16 November 2026 02:38:00 GMT
3468
115
0
7

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @nadmasrom, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About