@kpdn.terengganu: OPS TIRIS 4.0: OPERASI BERSEPADU KPDN BERSAMA PDRM DI BESUT Kegiatan pengisian minyak diesel ke dalam tangki jenis Square Tank di stesen minyak sekitar daerah Besut membawa kepada satu tindakan serbuan oleh pasukan penguat kuasa KPDN bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Serbuan yang dijalankan pada 4 November 2026 di Kampung Felda Selasih, Besut, Terengganu itu berjaya membawa kepada penyitaan sebanyak 1,000 liter minyak diesel, sebuah kenderaan Toyota Hilux serta dokumen berkaitan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM111,470.00. Tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan berkenaan. KPDN akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan melalui kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan dan memastikan bekalan bahan api bersubsidi tidak disalahgunakan. #KPDNTerengganu #OpsTiris40 #PDRM #madanibekerja #besuperexcellent @KPDN CAW KEMAMAN @KPDN CAWANGAN DUNGUN @KPDN HULU TERENGGANU @KPDN Cawangan Besut @KPDN @PENGUAT KUASA KPDN