@scoopdotmy: Sebuah kapal kargo merempuh benteng di kawasan persisiran pantai di Lumut, Perak, kira-kira pukul 9.50 pagi tadi. Insiden itu menyebabkan sebahagian struktur benteng konkrit dan laluan pejalan kaki rosak, dengan serpihan binaan bertaburan di kawasan berkenaan. Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung kejadian itu. #infoterkini #lumut #perak