@jpjjohorofficial: OPS KHAS SEKSYEN 42A Operasi Khas Seksyen 42A di sekitar kawasan Kota Masai, Johor, bagi membanteras kegiatan mengambil bahagian dalam perlumbaan atau menduga kelajuan di jalan raya. Sebanyak tiga (3) buah motosikal telah ditahan atas kesalahan mengambil bahagian dalam aktiviti menduga kelajuan di jalan raya di bawah Seksyen 42A(2), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kesemua motosikal yang terlibat telah diambil tindakan dan disita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut. #jpj #jpjmalaysia #jpjjohor #kotamasai #42 #fighter #hari7