@utusansarawak: MIRI, 16 November: Seorang anggota polis cedera ringan selepas kenderaan peronda polis (MPV) yang dipandunya hilang kawalan akibat tayar pecah dan meletup di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 12.35 tengah hari ketika kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke Bintulu. Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu anggota berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan selepas tayarnya pecah dan meletup. “Akibat kejadian itu, pemandu MPV berkenaan mengalami kecederaan ringan,” katanya menerusi satu kenyataan petang tadi. #trendingnewsmalaysia #utusansarawak #kemalanganjalanraya #miri #usterkini