@haryatyhamdzah: 🧸 YBEAR • PART 3 | Singgah dulu di Telok Mas Plan asalnya, YBear nak dibawa ke MITC pada malam pelancaran jentera dan pengumuman calon. Tapi pengangkutan untuk ambil dia lewat, sekitar pukul 8 lebih hingga 9 malam. MITC pula dah penuh dengan orang seawal pukul 7 malam. Masa tu saya kena buat keputusan. Malam itu, YBear tak jadi ke MITC. Kami bawa dia ke Bilik Gerakan BN Telok Mas. Di situlah YBear pertama kali diperkenalkan kepada orang ramai, semasa Majlis Pelancaran Jentera BN Kota Melaka oleh YAB Ketua Menteri. Ramai juga peminat YBear masa tu. Baru pertama kali muncul, dah ada peminat! 🤣💙 Terima kasih YB Datuk Wira Abd Razak Abd Rahman kerana beri peluang untuk YBear singgah sementara di situ. Habis majlis, tahu ke mana YBear pergi? Masuk bilik mesyuarat! 😂 Di situlah dia duduk sementara saya cari masa yang sesuai untuk bawa dia ke MITC, macam yang dirancang dari awal. Bila masa yang sesuai tu akhirnya tiba? Pukul 1.30 pagi. Yang itu kita sambung dalam Part 4. 🧸💙 #MelakaMemilih #YBear #PRNMelaka @wanitaumnokotamelaka @Ab Rauf Yusoh @Abdul Razak Abdul Rahman @UMNO ONLINE