@utusansarawak: LIMBANG, 16 November: Pelajar Tingkatan Enam di Limbang bakal menikmati kemudahan pembelajaran yang lebih luas dan selesa apabila Pusat Tingkatan Enam Limbang dijangka mula beroperasi pada Jun tahun depan. Kemudahan yang dibina dengan kos keseluruhan RM9 juta itu merupakan usaha memperkukuh akses pendidikan prauniversiti di daerah berkenaan, selain perancangan pembinaan Kolej Tingkatan Enam yang turut dikenal pasti untuk Limbang. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, cadangan pembinaan kolej berkenaan akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13). Menurutnya, selain Limbang, dua lagi lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan kolej seumpamanya ialah Miri dan Samarahan. “Kita juga mempunyai perancangan untuk menubuhkan Kolej Tingkatan Enam, dan salah satu lokasi yang dikenal pasti ialah di Limbang. Selain itu, dua lagi kolej seumpamanya dirancang di Miri dan Samarahan. “Kolej Tingkatan Enam ini akan beroperasi secara lebih tersendiri dan tidak lagi menumpang di sekolah menengah. Saya difahamkan, perancangan ini telah dimasukkan dalam RMK-13 dan diharapkan dapat direalisasikan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Pusat Tingkatan Enam Limbang hari ini. #trendingnewsmalaysia #utusansarawak #pendidikan #usterkini
Utusan Sarawak
Region: MY
Monday 16 November 2026 12:43:25 GMT
Music
Download
Comments
♪ :
kenapa di tambah tingkatan enam, bgi sya semua murid sudah belajar semua topic semua subject, ada beberapa murid mau masuk tentera pada usia 18 tahun, tp di tutup kan kerana ada tambahan tingkatan, aku tanya cam mana murid minat tentara nak masuk tentera di usia muda kan susah,sya hanya mau beri tahu dengan alasan baik bukan alasan kesan buruk, sya mau dbaca dengan teliti dan menjawab dengan penuh baik
2026-11-16 14:34:40
1
repsol6286 :
IPTA lagi buat d limbang atau lawas....
2026-11-16 23:02:08
0
To see more videos from user @utusansarawak, please go to the Tikwm
homepage.