@drdzulkeflyahmad: ISU PAKAR KARDIOTORASIK SELESAI: PINDAAN AKTA 50 JAMIN LALUAN KEPAKARAN NEGARA Sewaktu sesi penggulungan di Dewan Rakyat, saya telah berkongsi perkembangan positif berhubung isu latihan kepakaran. Kini, seramai 37 orang pegawai perubatan kita sedang giat mengikuti latihan dalam bidang kardiotorasik, dengan pecahan 4 pegawai di bawah program Sarjana Perubatan UiTM dan 33 pegawai lagi melalui laluan parallel pathway. Melalui pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50), kedua-dua laluan kepakaran; sama ada program Sarjana tempatan mahupun parallel pathway dari luar negara kini diiktiraf secara sah. Kita bukan sahaja berjaya menyelesaikan polemik pendaftaran NSR, malah memastikan negara tidak lagi kehilangan bakat pakar kritikal demi kelangsungan sistem penjagaan kesihatan rakyat. #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #YakinMADANI