@kkmputrajaya: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ Sewaktu sesi penggulungan peringkat Jawatankuasa RUU Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, saya telah menjelaskan langkah tegas KKM berhubung isu perolehan ambulans. KKM memutuskan untuk tidak menyambung kontrak pembekalan 2022 kerana syarikat terdahulu gagal melunaskan tanggungjawab dengan hanya 115 unit berjaya dibekalkan daripada 590 unit yang dijanjikan menjelang November 2024. Susulan itu, KKM telah menyelaras semula peruntukan bagi memperoleh 989 unit ambulans baharu. Kali ini, kita menoktahkan amalan lapuk monopoli โone winner takes allโ. Bagi memastikan risiko dikawal, penganugerahan kontrak ini dipecahkan kepada 6 buah syarikat pembekal berbeza. Kementerian Kewangan (MOF) telah memberikan kelulusan, dan pelantikan rasmi kesemua 6 syarikat ini akan dimuktamadkan seawal Disember 2026. Kesemua 989 unit ambulans tersebut akan dibekalkan secara berperingkat ke fasiliti-fasiliti kesihatan kita. Sebagai tambahan, Kerajaan turut meluluskan peruntukan bagi perolehan 400 unit ambulans lagi di bawah Belanjawan 2027. Secara keseluruhannya, KKM bakal menerima sejumlah 1,389 unit ambulans baharu, sekaligus dijangka mampu menyelesaikan isu kekurangan ambulans yang membelenggu sistem penjagaan kesihatan awam negara ketika ini. ๐ฑSumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
KKMalaysia ๐ฒ๐พ
Region: MY
Wednesday 18 November 2026 01:41:17 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @kkmputrajaya, please go to the Tikwm
homepage.