@lobakmerahmy: Tindakan seorang lelaki cuba menyembunyikan diri di belakang pintu tandas sebuah inap desa gagal apabila dia akhirnya dicekup berkhalwat bersama seorang wanita berstatus janda, awal pagi tadi. Dalam serbuan yang dijalankan oleh pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar jam 2.10 pagi itu, kehadiran mereka disambut oleh wanita terbabit yang membuka pintu bilik dalam keadaan hanya berkemban dan memakai baju tanpa lengan. Menurut pihak JAINJ, anggota mereka terlebih dahulu memperkenalkan diri sebelum masuk ke dalam bilik inap desa berkenaan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. “Penguat kuasa JAINJ kemudiannya menolak pintu tandas sebelum menemui seorang lelaki sedang bersembunyi di belakang pintu. Lebih mengejutkan, lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam tanpa berbaju,” katanya. Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih!