@syafikal91: 🌸 ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI 🌸 Jangan pernah membenci takdir yang Allah susun untuk kita hari ini. Kerana kita tak pernah tahu betapa indahnya perancangan Allah di sebalik setiap yang berlaku. Mungkin hari ini kita belum nampak hikmahnya, tetapi suatu hari nanti kita akan faham mengapa semuanya perlu terjadi. ❤️ Senyumlah dan teruslah berfikiran positif dalam menghadapi setiap ujian. Yakinlah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga hari ini dipenuhi ketenangan, kekuatan dan keberkatan. Semoga setiap urusan kita dipermudahkan dan setiap doa yang baik diangkat menjadi kenyataan. Terus bersangka baik dengan Allah. Kerana aturan Allah sentiasa yang terbaik. 🤲🏻🌷