ℕ𝒶𝑎 •̫͡• :
Ikhfa' bukan sekadar menyamarkan luka, Ikhfa' adalah caraku mencintaimu tanpa perlu menjelaskan kepada dunia. Ghunnah bukan sekadar menyimpan rintihan, Ghunnah adalah dengung namamu yang masih bergetar di kerongkonganku, walaupun bibirku sudah lama diam.
Orang lain melihatku Idzhar, jelas, terang, kuat. Tapi hanya kau yang tahu, di dalam diriku ada Iqlab, Nun Sukunku berubah menjadi Mim setiap kali bertemu Ba-mu, setiap kali bertemu dirimu, aku berubah, aku tidak lagi menjadi aku, aku menjadi kita.
Dan jika hidup ini adalah bacaan, aku tidak mahu membacamu dengan Qalqalah yang memantul lalu hilang. Aku mahu membacamu dengan Idgham Bilaghunnah, lebur tanpa dengung, lebur tanpa bunyi, lebur sampai tiada lagi aku dan kau, yang tinggal hanya satu nafas yang sama.
Kerana pada akhirnya, kau bukan lagi Badal yang menggantikan siapa-siapa. Kau adalah Ma'rifatku, yang paling aku kenali, yang paling aku hafal, lebih hafal daripada Al-Fatihah yang kubaca setiap hari.
2026-11-20 02:29:56