@mujihouseameena: Inspirasi Deko Rumah Sewa 🏡🌿 Rumah kami ada 3 bilik. Master bedroom di bahagian depan, bilik tengah untuk Saif, Aryan & Aydan, manakala bilik paling hujung, berdekatan dapur, adalah bilik Meena. ❤️ Kenapa Meena dapat bilik paling hujung? Hehe, sebab baru sekarang terfikir nak sediakan bilik sendiri untuk dia. Dulu Meena tidur bersama Mami dan Abah, tapi sekarang Meena dah semakin besar. Tahun depan dah nak masuk sekolah, jadi rasanya dah tiba masa untuk dia ada ruang sendiri. Belajar berdikari, kemas dan uruskan bilik sendiri. Sebenarnya, masa mula-mula kami masuk rumah sewa ni, keadaannya biasa-biasa sahaja. Tak ada seri macam rumah kosong. Atap bocor, dinding berlumut, ada bahagian yang rosak dan merekah, masalah anai-anai, tingkap berkarat dan macam-macam lagi. Tapi sedikit demi sedikit, kami cuba ubah dan deko menggunakan duit sendiri. Bukan nak bermewah-mewah, cuma nak jadikan rumah ni lebih selesa untuk kami sekeluarga. Lagipun, rumah sewa ni bukan sekadar tempat kami berteduh. Rumah ni juga merangkap office dan tempat saya mencari side income. Di sinilah saya berkarya, buat content, uruskan kerja dan cari rezeki. Jadi, mestilah saya nak ruang yang cantik, kemas dan selesa untuk bekerja serta menjalani kehidupan seharian. ❤️ Walaupun rumah ni bukan milik sendiri, selagi kita duduk di sini, kita usahakanlah untuk jadikan ia tempat yang paling selesa buat keluarga. Rumah sewa pun boleh jadi sweet home🫶🏻

IG : Ameena Home 🏡 | 아미나 홈
IG : Ameena Home 🏡 | 아미나 홈
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 19 November 2026 04:42:23 GMT
816
45
4
0

Music

Download

Comments

kaklinaren
EllenaDesa Empire :
kemas
2026-11-19 13:23:47
0
dielafahmi
Diela Fahmi :
cantik kemas[Heart eyes]
2026-11-19 09:30:28
0
miss_iena02
Galeri cik ina :
Cantik kemas😊
2026-11-19 07:17:43
0
thiihomes
Thiihomes :
Cantik sangat rumah sue😍
2026-11-19 06:20:53
0
To see more videos from user @mujihouseameena, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About