@unifisports: Aksi menarik Redzuan dan Dania Sofea dalam rally panjang yang betul-betul menguji stamina! 😂 Mereka berdepan pasangan Indonesia, Rahmat Hidayat dan Pitha Haningtyas Mentari dalam aksi POLYTRON Yogyakarta International Challenge 2026. Rally berlarutan sampai kedua-dua pasangan habis mengerah tenaga, namun Redzuan dan Dania berjaya kekal bertahan sebelum lawan tersangkut di jaring! 😂 Menariknya, wakil negara berjaya bangkit selepas tewas set pertama untuk menang 16-21, 22-20, 23-21! Seterusnya, Redzuan dan Dania bakal meneruskan cabaran menentang satu lagi pasangan Indonesia, Muhammad Luthfi Habibi dan Dian Ramadhani Mukti di pusingan 16. #UnifiSports #YogyakartaIC2026