@penulisaksaraberita: IPOH : Polis Perak mendedahkan hasil bedah siasat ke atas pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar yang ditemukan meninggal dunia pada Rabu adalah disebabkan jerutan pada leher mangsa. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, keputusan itu diperolehi hasil bedah siasat yang selesai dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping sekitar jam 1 petang pada Khamis. Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa meninggal dunia sekitar pukul 10.35 pagi di tandas sebuah bangunan sekolah berkenaan sebelum disedari seorang pelajar kira-kira pukul 2.45 petang. "Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis. Habis// #MehBacaJap #2minit #pelajar #kualakangsar #perak