@malaysiagazette: Mayat Pekerja Bot Tunda Ditemukan, Hilang 2 Hari Lalu Di Laut Selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mayat pekerja bot tunda warga Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di perairan Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka akhirnya ditemukan pagi tadi. Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan seorang nelayan kira-kira 10.40 pagi berhampiran jeti nelayan Kampung Hailam.