@melakatv: KEKAL TERIMA AMANAH, HAMEED UTAMAKAN INFRASTRUKTUR DAN ISU BANJIR 19 November - Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer bertekad meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan selepas dilantik semula sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka bagi portfolio Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada pembangunan infrastruktur asas merangkumi jalan raya, bekalan air dan elektrik. Dalam masa sama, Hameed menegaskan isu banjir tetap menjadi keutamaannya meskipun pengurusan bencana bukan lagi di bawah portfolio beliau, dengan kerjasama rapat bersama pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik. 🎥 Faiz Hasan #EXCOMelaka #HameedMytheen #DUNAyerLimau #IsuBanjir #InfrastrukturMelaka #Pengangkutan #Utiliti #KerajaanNegeriMelaka #PascaPRNMelaka #melakahariini #melakatv