@ustaz.hj.taufik.ut: DARI DUNIA MUZIK KE JALAN DAKWAH Dari zaman bangku sekolah hinggalah ke alam dewasa, drum sudah sebati dalam kehidupan beliau. Bermula sebagai pemain drum Kumpulan Kristal, kemudian meneruskan perjalanan bersama Kumpulan Barbarik. Beliau ialah Ainol Eqraf Ramli @ainoleqraframli yang lebih dikenali sebagai Ainol Kristal atau Ainol Barbarik.Beliau kini merupakan antara pemain drum terbaik dalam industri muzik tanah air. Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang bersama beliau dalam Rehlah Mahabbah Islahiyyah 2026 di Masjid Tun Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka. Jom tuan-tuan yang mulia! Kami menjemput semua untuk bersama-sama keluar 3 hari di jalan Allah swt. 📍 Masjid Tun Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Melaka 📅 19 – 22 November 2026 🗓️ Khamis hingga Ahad Mari kita belajar-belajar membantu agama Allah swt, belajar-belajar menghidupkan Sunnah Nabi saw dan belajar-belajar melakukan pengorbanan untuk agama. Jangan hanya kita luangkan masa untuk dunia, tetapi marilah kita luangkan sedikit masa untuk memperbaiki iman, amal dan kehidupan akhirat kita. Kita belum tentu sudah baik, tetapi dengan keluar di jalan Allah swt, kita belajar untuk menjadi lebih baik. Ayuh ! Tinggalkan seketika kesibukan dunia. Mari bersama-sama hidupkan suasana dakwah, iman dan amal. Semoga Allah swt pilih kita semua untuk menjadi hambaNya yang istiqamah dalam usaha agama sehingga bertemu Allah swt.Aamiin. 🤲🕋 #UT #AinolDrummer #AinolKristal #AinolBarbarik #RehlahMahabbahIslahiyyah
Ustaz Hj Taufik ( UT )
Region: MY
Thursday 19 November 2026 12:30:15 GMT
Music
Download
Comments
SYAKIR :
terbaik ainol Barbarik bersama kekasih2 Allah moga sihat dan terus padu dgn bsrbarik👍👍👍
2026-11-20 12:59:43
2
Hasrin Bin Mohd Darus :
doa kan saye dapat hadir ustaz..
2026-11-20 05:23:29
0
zawi :
Kedah Bila nak buat ustaz
2026-11-19 14:11:07
0
@HjhUkhtiJannah🕋💚💙 :
Walaikumusalam Ustaz.. Mashaa Allah Tabaraka Allah Alhamdulillah
2026-11-20 12:44:44
0
khairulaye :
Alhamdulillah... terima kasih team ustaz Shahrizan yg memilih masjid Tun Mohd Khalil Yaakob Tnjung minyak... semoga Allah memberkati dan memberi rahmat penduduk2 disini
2026-11-20 00:20:39
0
karim Latiff :
itu la sifat2 yg Di ajarkn dlm jemaah tabligh sentiasa bersangka baik wlupun nmpk org Tu mcm jahil..buktinya yg gangster, artis,rempit yg kita lalai dgn dunia ni ramai dah join jemaah tabligh..
2026-11-21 01:31:20
0
To see more videos from user @ustaz.hj.taufik.ut, please go to the Tikwm
homepage.