@501awani: Air di kawasan tasik Laut Najaf, selatan Iraq, dilaporkan berubah warna sekali gus menimbulkan persoalan mengenai punca fenomena luar biasa itu. Menurut aktivis dan pakar alam sekitar, Aad Al-Salami, tasik itu mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi dan lebih dalam berbanding tasik lain di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, punca sebenar perubahan warna air itu masih belum dikenal pasti dan memerlukan kajian saintifik lanjut. Fenomena itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap ekosistem tempatan, khususnya habitat burung hijrah yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat persinggahan. #AWANInews