@thegengmy: Seorang pelajar berusia 15 tahun ditemukan meninggal dunia di bilik sakit sekolah. Hasil bedah siasat pula mengesahkan punca kematiannya akibat jerutan pada leher. Sukar untuk kita membaca berita sebegini tanpa rasa sebak. Apatah lagi apabila mengetahui bahawa kejadian berlaku di sebuah institusi pendidikan berasrama yang menjadi tempat ibu bapa menyerahkan amanah menjaga anak-anak mereka. Menurut polis, penelitian rakaman CCTV tidak menemukan unsur jenayah, penglibatan pihak lain mahupun kejadian buli. Kes juga diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. Namun ada beberapa persoalan yang masih wajar diberikan perhatian. Antaranya bagaimana seorang pelajar yang ditempatkan di bilik sakit sejak beberapa hari sebelumnya hanya ditemukan sekitar jam 2.45 petang, sedangkan waktu kematiannya dianggarkan sekitar jam 10.35 pagi? Lebih empat jam. Bukankah bilik sakit merupakan tempat pelajar yang kurang sihat sepatutnya menerima perhatian dan pemantauan sewajarnya? Bagaimanakah prosedur pemeriksaan pelajar di bilik berkenaan dilaksanakan? Berapa kerap keadaan mereka diperiksa? Siapakah yang bertanggungjawab memastikan pelajar yang sakit mendapat bantuan apabila diperlukan? Ini bukan soal mencari salah sesiapa sebelum siasatan selesai. Tetapi apabila seorang anak meninggal dunia ketika berada dalam jagaan institusi pendidikan, persoalan tentang sistem pemantauan dan keselamatan memang tidak boleh dipandang ringan. Malah Perdana Menteri turut mengarahkan siasatan yang telus dan menyeluruh berhubung tragedi ini. Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah kesejahteraan emosi pelajar. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh arwah sebelum kejadian. Jadi tidak wajar untuk masyarakat membuat andaian tentang masalah peribadi, keadaan mental atau apa-apa perkara yang belum dibuktikan. Namun tragedi ini sewajarnya membuka ruang untuk kita menilai sejauh mana anak-anak yang tinggal berjauhan daripada keluarga mempunyai akses kepada sokongan emosi dan bantuan apabila berdepan kesukaran. Sekolah berasrama bukan sekadar tempat mengejar kecemerlangan akademik. Ia juga menjadi tempat anak-anak membesar, belajar berdikari dan menjalani sebahagian besar kehidupan remaja mereka. Dalam keghairahan masyarakat menuntut jawapan, jangan pula kita terlupa menjaga perasaan keluarga yang sedang berduka. Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan tanpa gangguan spekulasi. Persoalan paling penting bukan sekadar bagaimana tragedi ini berlaku. Tetapi apakah yang boleh diperbaiki supaya setiap anak yang diamanahkan kepada sesebuah institusi benar-benar mendapat perhatian, perlindungan dan penjagaan sewajarnya? Semoga keluarga arwah diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah.

The Geng
The Geng
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 20 November 2026 02:21:51 GMT
48934
731
199
120

Music

Download

Comments

bayo1267
Bayo :
Kalau ada kesan jerut mesti ada pelakunya ? Takkan tuan badan yg jerut sendiri ??. Kalau boleh waris lantik peguam pemerhati sendiri.
2026-11-20 06:13:27
78
gorgon4008
gorgon4008 :
10.45 meninggal nak dekat kol 3 ptg baru jumper arwah..gape 4 jam lebih xkn xdek org langsung masuk ke toilet
2026-11-20 08:06:48
19
nadia_abdaziz
Nanad :
Apa yg jadi sebenarnya kat awk adik😭
2026-11-20 10:37:48
21
cik.ruby104
Cik Ruby :
Ya la , kata sakit dah beberapa hari , nk tanya awat xbawak g klinik ,, Dr xcheck Ka
2026-11-20 07:42:32
14
suritaabdullah
shaza n shahien :
pelaku mngkn tlepas..tp awak dik akn rasa bsalah seumur hidup...
2026-11-20 07:42:48
17
farahwahidazaki
FarahZaki :
anak sy d sbp ..prnh sakit duduk d bilik sakit tnpa pengawasan warden ..kui 2.30 pg call sy bgtau dia xlarat sgt2…xtau mcm mna prosedur depa d sbp nih…masa tu dia d form 1..lps2 tu mmg dia xduk laa di bilik sakit tu klu sakit…
2026-11-20 10:37:26
11
meenanarayanan25
meenanarayanan25 :
Very unbelievable...can a boy sick since Monday be left alone...why never inform n tk to hosp...what about, food, med etc...where is the teacher or warden in charge...if he is already sick does he hv the energy to strangle himself...foul play somewhere.. pls investigate...a life is gone in an elite n prestigious school...🙏😢
2026-11-21 06:26:23
0
intancahaya727
INTAN CAHAYA🐞 :
soalannya, siapa yg jerut
2026-11-20 04:31:09
15
mimieaza7
Amy Alie :
kenapa tak hantar hospital jalan kaki pun sampai ya, saya org Kuala kangsar bukan tak biasa persekitaran situ, tak ambik berat bila pelajar sakit mana warden, patut warden dah bawa gi hospital ambik ubat atau kena tahan wad, lepas tu panggil ibu bapa untuk melawat anak yang sakit.
2026-11-21 01:35:09
3
insyusoff2002
ToqqHim :
Lepas ni bilik 'sick bay' akan menjadi Igauan bagi semua warga koleq
2026-11-20 06:10:40
12
portskymuo
Alifbata :
Bilik sakit di asrama bukan wad yang ada Nurse dan Doktor. Selang waktu 4 jam normal bukan 24 jam.
2026-11-20 08:42:27
5
rahsia2328
rahsia :
x faham lah..sekolah asrama x de cctv di setiap sudut
2026-11-20 12:22:29
4
budakcomei86
sayang selalu🥰 :
knpa lama dibilik sakit?sehari klo xsihat lgi ptut kne info kt family pljar tuk dibawa gi hospital.ni katanya smp 3 hari.fmily pun xtau.tau2 dh meninggal😳
2026-11-20 08:06:44
3
thestorybooks_pslumut
aiNEE :
jerut pakai apa
2026-11-20 09:31:51
0
fadziahismail
Kak G :
Semoga yg terlibat & bersubahat menerima azab didunia🤲🏻🤲🏻🤲🏻
2026-11-21 02:39:42
1
salinanazri
Alis :
hanya Allah mengetahuinya. .. mohon Allah beri pertunjuk dn beri keadilan .. kami tk sanggup terus2 di beri alasan yg tak masuk akal ni..
2026-11-20 12:27:06
5
jidang50
jidang :
semakin menjadi2 d sekolah
2026-11-21 04:41:39
0
nadia_abdaziz
Nanad :
semoga Allah munculkan awk dlm mimpi ibu bapa awk memberi petunjuk kejadian sebenar adik😭
2026-11-20 10:38:49
8
sue88989
Sue :
siapa yg jerut ? apa alat yg digunakan utk jerut ? utk 4 jam @ lebih siapa yg pantau bilik sakit ? penyejia asrama? warden bertugas? guru bertugas?
2026-11-20 05:41:35
8
moonaa6987
ros :
siapa yg jerut?
2026-11-20 08:35:51
1
harisun.hashim4
Harisun Hashim🤍🦕 :
sy bekas sekuarity SBP..selalunya pelajar yg nk masuk bilik sakit ada surat kebenaran...time mkn waden yg bertugas akan msuk cek n tnya jg pesakit ok dk lg...tmt time sek pelajar blh msuk dorm semula..
2026-11-20 08:48:56
3
nathirah.muhani
Nathirah Muhani :
kalau sakit demam pun mesti tgh tak larat nk bangun dn bergerak....kesiannya...lapar ke tidak anak ni? perlukn ubat setiap berapa jam...perlukan air masak yg byk...perlu ke tandas...kalau pening kepala nk bngun atau jalan pun tak larat. Saya dulu di asrama, kalau kawan sakit memang cikgu bg giliran kawan 1 dorm utk jaga....
2026-11-20 08:41:12
4
aienaz1975
aienaz1975 :
pihak sekolah perlu bertanggungjwb..sbb budak sakit dibiarkan shj duduk dibilik sakit tanpa pemantauan. kekadang ada yg nk disembunyikan..mmg kena reda sudah ajal ttp kena ajar juga pihak yg diberikan amanah menjaga ttp tidak amanah
2026-11-21 06:35:06
1
lily_yoow
. :
anak saya pun tinggal asrama ..klu sakit ..pihak sekolah akan bawa ke klinik....klu Dr bagi MC..pihak sekolah akan call utk anak rehat di rmh...
2026-11-21 04:06:23
1
surimz17
suriMz :
fmly tahu ke yg ank berada di bilik sakit dari Isnin...mcm.. dan mcm.. WaaLlahuAllammm🥺🥺🥺tunjuk kan kebenaran mu yaAllah....tunjukkanlah.. aminnn
2026-11-20 10:57:45
2
To see more videos from user @thegengmy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About