@scoopdotmy: Sebuah gudang menyimpan kereta potong di Jalan Utusan, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran awal pagi Jumaat. Kebakaran yang berlaku pada 5.53 pagi itu berjaya dikawal pada 7.03 pagi, dengan 75 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu. #kebakaran #bomba #chansowlin #kualalumpur