@shamieraosment: Siapa sangka datang event digital boleh dapat macam-macam manfaat secara PERCUMA! 😍 I baru je singgah Minggu Digital Kementerian Digital 2026 dan honestly, memang best! Banyak benda menarik yang korang boleh explore dan belajar. Antara booth yang ada: ✨ Booth agensi kerajaan termasuk GovTech & Jabatan Perlindungan Data Peribadi. ✨ Klinik asas AI untuk yang nak mula belajar tentang AI. ✨ Pelbagai digital certificate disediakan untuk yang berminat nak tambah ilmu dan kemahiran digital. ✨ Nak belajar buat video AI pun ada kelas PERCUMA! I sendiri sempat print CCRIS report secara percuma dan buat blood test sekali. Memang macam-macam ada! Bestnya event macam ni sebab bukan sekadar pameran, tapi banyak ilmu, kemudahan dan peluang yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Hopefully event macam ni akan dianjurkan lagi next time. Sebab ilmu digital ni penting untuk semua, bukan hanya untuk orang IT! ❤️ @Kementerian Digital #MDKD2026 #MingguDigital #KementerianDigital #MalaysiaDigital