@songom68: Suspek kes bunuh seorang lelaki di Sulaman Sentral, Kuala Manggatal, akhirnya berjaya diberkas polis di Jeti CIQ Tawau, kira-kira jam 11 pagi tadi. Suspek dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran sebelum ditahan anggota polis di lokasi berkenaan. Video penahanan suspek turut tular di media sosial yang memaparkan lelaki terbabit diberkas anggota polis. Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.