@zulnh: DAP PERSOAL DASAR SOLAT JUMAAT, MENGAPA HAK BERIBADAH UMAT ISLAM DIPERTIKAIKAN? TERENGGANU - Kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang membangkitkan kebimbangan kononnya arahan menghentikan operasi perniagaan ketika solat Jumaat akan menjejaskan kebebasan masyarakat bukan Islam dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak wajar dan berpotensi mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat. Persoalan yang lebih besar ialah mengapa pelaksanaan satu dasar bagi memberi ruang kepada umat Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat perlu digambarkan seolah-olah menjadi ancaman kepada kebebasan dan gaya hidup masyarakat bukan Islam? Menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk menjalankan perniagaan sememangnya penting. Namun, hak tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mempertikaikan atau membina persepsi negatif terhadap dasar yang bertujuan memelihara kepentingan ibadah umat Islam. Lebih mengecewakan, Khoo turut mengaitkan pelaksanaan arahan berkenaan dengan pengaruh dasar agama konservatif PAS dalam pentadbiran awam. Naratif sedemikian seolah-olah cuba meletakkan kepentingan agama Islam bertentangan dengan hak masyarakat bukan Islam, sedangkan kedua-duanya boleh diraikan melalui pelaksanaan dasar yang munasabah. Namun, terdapat satu perkara yang perlu diperjelaskan, arahan yang dibangkitkan itu melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), seperti yang disebut dalam naratif awal. Arahan tersebut berkaitan penutupan operasi antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada setiap Jumaat. Malah, penjelasan MBKT pada Januari 2024 menyatakan premis milik bukan Islam tidak tertakluk kepada arahan penutupan tersebut, manakala premis bukan Islam yang menggaji pekerja Islam turut perlu mengambil kira keperluan pekerja berkenaan untuk menunaikan solat Jumaat. Justeru, kenyataan Khoo sepatutnya berasaskan fakta dan penelitian menyeluruh, bukannya terus membina gambaran bahawa kepentingan masyarakat bukan Islam sedang terancam. Dalam sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, menghormati pelaksanaan tuntutan agama Islam bukanlah satu ancaman kepada keharmonian masyarakat majmuk. Jangan sampai setiap usaha memberi ruang kepada umat Islam melaksanakan kewajipan agama dianggap sebagai ancaman kepada kebebasan orang lain. Keharmonian tidak akan terbina dengan mempertikaikan hak beragama satu pihak, sebaliknya memerlukan sikap saling menghormati dan memahami sensitiviti setiap kaum. Beritaplus+ Tepat & Beretika #Terengganu #Malaysia #DAP
zulnh
Region: MY
Friday 20 November 2026 13:30:25 GMT
Music
Download
Comments
N.A.S.A❤K.I.S_0419 :
3r ni...ayuh ramai ramai org Islam buat laporan polis...biar 1 mlysia
2026-11-20 14:40:22
3
zamri :
jngan kacau pantai timur punya orang ok!!!!
2026-11-20 14:38:34
2
khirruddin Abdul rahman :
tangkap la
2026-11-20 15:02:17
0
Kamarul Faizam :
PRU 16 kita sama2 hapus kan ph DAP ne.bangsa dia pun tak suka ph DAP ne.
2026-11-20 14:26:08
7
Otai :
D4P
2026-11-20 14:32:51
3
user2075378009191 :
dah melampau ni, bab islam pun dap masok campur, smbhyg dilakukan beribu tahun dulu.
2026-11-20 14:48:57
1
Pujaan25 :
hati3 dgn dap ..nak oecsh kan umno dgn pn..br skrg ..dah kame tutup waktu solat jumaat..dulu padai ape..x kacau ..kjsti2 niat dap ..tu dap htr wakil
2026-11-20 14:31:23
2
Colsally :
Makin kurang Adab DAP ni.
2026-11-20 14:43:42
1
Shimah :
kita tak pernah cakap apa Agam merika kenapa sibok pulakk
2026-11-20 14:30:26
0
Hamdan :
YB Rara mana YB melayu DAP ulas
2026-11-20 14:35:01
0
Pak Ali :
apa sbab tiong tak nak sembahyang jumaat ?
2026-11-20 14:36:09
1
🛩️Exx AIRBORNE🛩️ :
jgn terpengaruh ... tu untuk provok bagi menimbulkan isu agama yang boleh mencetuskan.....sendiri fikir.....
2026-11-20 14:25:22
3
radzi kamarudin :
tak perlu jadi batu api....
2026-11-20 14:28:38
2
💚 R💚 :
No DAP No more problems in Malaysian
2026-11-20 14:17:08
6
To see more videos from user @zulnh, please go to the Tikwm
homepage.