@amoibajumerahh: Aku tidak pernah menjual air mata,tidak juga meminta manusia mengasihani hidupku. Aku cuma sedang berjuang dengan kehidupan yang tidak semua orang mampu memahami. Aku diam bukan bererti aku tidak terluka. Aku mengalah bukan bererti aku tidak mampu melawan. Aku memilih untuk tidak bersuara bukan kerana aku tidak punya jawapan, tetapi kerana terlalu banyak perkara yang aku simpan jauh di sudut perasaan. Bukan kah aku juga manusia Ada hati yang boleh tersentuh, ada jiwa yang boleh kecewa, ada kesabaran yang mempunyai batasnya Jangan disangka aku tidak terasahanya kerana aku tidak membalas. Jangan disangka aku tidak penat hanya kerana aku masih mampu tersenyum. Ada perkara yang aku pendam bertahun-tahun, ada luka yang tidak pernah aku ceritakan, ada beban yang aku pikul sendirian kerana aku tidak mahu menambahkan kesusahan sesiapa. Aku cuma mahu terus mencari rezeki, menunaikan tanggungjawab, dan memastikan ayah tidak lagi hidup dalam kesusahan. Aku tidak meminta dunia memahami perjuanganku. Cukuplah Allah mengetahui setiap usaha dan air mata yang tidak pernah aku tunjukkan. Jangan sampai kerana aku terlalu lama memilih untuk diam, manusia lupa bahawa aku juga punya hati. Aku juga ada batas, dan aku juga berhak untuk penat.

Amoibajumerah
Amoibajumerah
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 20 November 2026 16:11:33 GMT
1673
83
4
1

Music

Download

Comments

nita_harun
nitaa :
acik doakan Allah berikan kejayaan dunia dan akhirat, dikurniakan rezeki yg bersih dan berkat, sihat tubuh badan. Hanya yg terbaik buat anakanda amoi, doa dr seorg Ibu buat amoi.
2026-11-20 23:30:52
2
azlanzach
azlanzach888 :
Allah uji ko moi sebab syg nya Allah pada ko. org yg byk ujian dlm dunia dia lah yg paling berjaya di akhirat. ko hadam tu. byk nya pahala ko
2026-11-21 07:04:10
0
julianabtahmadkha
Juliana Bt Ahmad Khalil :
jgn sedih sayang😪😪😪
2026-11-21 00:59:31
0
sheilarajab861
sheilarajab861 :
💪💪💪❤️
2026-11-20 23:40:53
1
To see more videos from user @amoibajumerahh, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About