@annebeauteousshop: Ziarah Rohani Kuching.. 20-23 Nov 2026 Kisah Gereja mount Hosanna... Dahulunya gereja ini hanya lah Gereja yg usang.kisah bermula apabila seorang Lelaki cina yg kaya dan ibunya yg mengalami sakit cancer tahap 4 sering berulang alik melalui jln ni. Lelaki tersebut selalu menghantar ibunya ke sebuah tokong di sri aman utk berubat. sampai masa ibunya terlampau lemah dan lelaki tersebut telah berputus asa dan tidak mahu menghantar ibunya ke tokong lagi kerana tiada perubahan yg berlaku walaupun bertahun2 berlalu dan duit pun dh habis ribu2. kebetulan dlm perjalanan balik melalui jalan gereja itu,hati si anak tergerak untuk menghantar ibunya ke gereja usang tersebut dengan memanjat bukit yang amat tggi(dolok xda tgga).sampai di gereja tersebut si anak meminta Father untuk bersembahyang dan meminta penyakit ibunya di sembuhkan. Setelah selesai sembahyang dengan sentuhan Father dan nama yg di gunakan untuk meminta di sembuhkan(Jesus) si anak dan ibu pun balik.setelah beberapa mggu si ibu menunjukkan perubahan yg amat besar dan si anak terkejut melihat prestasi ibunya lalu menghantar ibunya ke hospital dan di periksa oleh doktor pakar. Riak wajah doktor tersebut amat tekejut sambil memberitahu cancer tersebut telah tiada lalu bertanya kepada anak beranak tersebut.berubat di mana?siapa yg ubat?dengan bangganya si anak menjawab namanya Jesus. selepas melihat kesihatan ibunya kembali pulih,si anak bertekad untuk membalas balik jasa kepada gereja tersebut dengan membina semula gereja baru ( mount Hosanna skrg ).Ini cerita org Lama punya.saya tukang sampai sahaja ya.😊😊 #mounthosanna #kuchingsarawak #greatleaptours #ziarahrohanikatolik