اکاونت تيدق دتموي :
SYARAT NAK BAHAGIA: JANGAN KEJAR, JANGAN STALK, DAN JANGAN TERLALU MENGAMBIL TAHU TENTANG HIDUP ORANG YANG SUDAH MEMILIH UNTUK PERGI.
Hidup dia, biarlah dia. Awak teruskan hidup awak. Jangan terlalu sibuk memikirkan apa yang dia buat, dengan siapa dia sekarang, ke mana dia pergi atau bagaimana kehidupan dia selepas tiada awak. Jangan habiskan masa mencari sesuatu yang akhirnya hanya akan menyakitkan hati sendiri. Kadang-kadang, semakin banyak kita tahu, semakin susah kita nak lupakan.
Belajarlah untuk tidak mengejar seseorang yang tidak lagi mahu berjalan bersama kita. Jangan merayu untuk perhatian, jangan meminta kasih sayang, dan jangan memaksa sesiapa untuk kekal dalam hidup kita. Sebab sesuatu yang terpaksa dipertahankan seorang diri akhirnya hanya akan memenatkan hati. Kita juga perlu sedar bahawa kasih sayang tidak sepatutnya membuatkan kita hilang harga diri.
Ingat satu perkara, setiap benda dalam dunia ini ada tarikh luputnya. Makanan ada tarikh luput, hubungan ada penghujungnya, kenangan ada waktunya, dan perasaan juga begitu. Rindu yang hari ini terasa terlalu berat, suatu hari nanti akan menjadi ringan. Air mata yang dahulu mengalir setiap malam, akhirnya akan berhenti. Nama yang suatu ketika dahulu selalu bermain dalam fikiran, lama-kelamaan akan menjadi sekadar nama.
Jangan takut kehilangan seseorang sehingga awak terlupa bagaimana caranya menghargai diri sendiri. Jangan terlalu lama menunggu orang yang belum tentu akan kembali. Jangan terus berharap pada sesuatu yang sudah berkali-kali menunjukkan bahawa ia tidak lagi sama seperti dahulu.
2026-11-21 08:51:13