@sinarharianonline: Pelarian Rohingya di Bangladesh menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Myanmar, menyifatkannya sebagai kemenangan bersejarah yang menurut mereka membawa kepada pengiktirafan antarabangsa terhadap genosid yang dilakukan terhadap komuniti itu. Anadolu Ajansi (AA) melaporkan bahawa wakil Rohingya Solidarity Group, Kaleem Ullah memberitahu Anadolu bahawa keputusan itu telah menarik perhatian dunia terhadap kekejaman yang dialami etnik Rohingya di Myanmar. #sinarharian #beritaterkini #rohingya #perlarian #ICJ #Bangladesh