@slmmotorport_4s: 🏍️ BUKAN SEKADAR RIDE, TAPI TURUT MEMBAWA MISI KEMANUSIAAN! ❤️ Satu kunjungan istimewa daripada rombongan Yamaha XSR155 Round Peninsular Ride ke SLM Motorport! Turut hadir memeriahkan kunjungan ialah Boss James. Lebih bermakna, pihak LC1010 Committee turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada rakan sekerja kami, Norzafirah. 🤍 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan serta kemurahan hati semua yang terlibat. Inilah indahnya dunia permotoran. Bukan sekadar berkongsi minat terhadap motosikal, tetapi turut mengeratkan persahabatan dan menyebarkan kebaikan. Terima kasih kerana memilih SLM Motorport sebagai salah satu persinggahan anda! Semoga perjalanan seluruh rombongan dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. ❤️ #SLMMotorport #YamahaXSR155 #RoundPeninsularRide #KomunitiPermotoran #SungaiPetani