@dailymakan: Pemergian Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Padang Tembak, Kelantan pada 16 November lalu mengundang rasa sebak ramai. Lebih menyentuh hati, Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik pernah menyuarakan hasrat untuk menderma organ bagi membantu pesakit yang memerlukan. Hasrat itu akhirnya ditunaikan oleh keluarganya selepas beliau disahkan mengalami kematian otak. Menerusi pendermaan tersebut, tulang, hati, buah pinggang dan kornea Allahyarham berjaya diperoleh untuk membantu pesakit lain. Dalam pada itu, video Allahyarham menyuap makanan kepada rakan-rakannya turut mengundang sebak apabila ramai tersentuh melihat sikapnya yang suka berkongsi dan tidak lokek membantu orang lain. Semoga segala kebaikan Allahyarham menjadi kenangan indah buat keluarga dan sahabat yang ditinggalkan. Al-Fatihah. Sumber: syasylvie (Threads) & Bernama P/S: Video ini bukan hak milik Daily Makan. Kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami turunkan video tersebut, sila hantar mesej kepada kami dengan segera. Terima kasih!
Daily Makan
Region: MY
Saturday 21 November 2026 06:03:54 GMT
Music
Download
Comments
Home Discovery Channel :
budak baik memang awal Allah amik balik
2026-11-21 10:38:08
0
CHEMAD :
Syukur mempunyai sifat yg sangat baik.... Alhamdulillah.... Innalillahhi waininaalahirojioun buat arwah Al fatihah aamiin
2026-11-21 06:09:58
0
Info Dunia :
Hi korang, jemput la singgah ke akaun saya utk INFO & FAKTA menarik ye.
2026-11-21 08:18:37
1
e$✮⃝topy just lirik࿐✮𝄟⃝🍦 :
[Menangis][Menangis][Menangis]
2026-11-21 17:32:25
0
niee :
💜
2026-11-22 04:42:11
0
To see more videos from user @dailymakan, please go to the Tikwm
homepage.