@jimjohor: ISKANDAR PUTERI, 21 NOVEMBER 2026 – Kelab Kebajikan dan Sukan Imigresen Johor (KKSIJ) telah menganjurkan Program “Jom Kita Brisk Walk” bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Tahun 2026 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor. Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga jabatan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan melalui aktiviti riadah dan sukan. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Imigresen Negeri Johor yang telah menyempurnakan perasmian program berkenaan. Antara pengisian program termasuk sesi senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan sebelum para peserta memulakan aktiviti (Brisk Walk). Acara pelepasan peserta atau Flag Off telah disempurnakan oleh Tuan Norhisham bin Murujan, Pengerusi KKSIJ bersama pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Shane Lowry, sekali gus menambahkan kemeriahan dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Program turut dimeriahkan dengan penyampaian cenderahati, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti santai yang memberi peluang kepada warga jabatan untuk berinteraksi dalam suasana harmoni dan penuh kemesraan. Selain itu, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus turut mengadakan sesi lawatan sekitar Stadium Sultan Ibrahim bagi melihat dengan lebih dekat kemudahan serta fasiliti yang terdapat di stadium kebanggaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut. Turut hadir Puan Thanalechumi a/p Supraniam, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Pengurusan, Tuan Saufi Affandi bin Jamaluddin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Sukri bin Mosman, Pengurus Operasi Johor Darul Ta'zim (JDTFC), atas kerjasama dan kolaborasi yang diberikan dalam menjayakan penganjuran program ini. Diharapkan penganjuran seumpama ini dapat terus membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental serta memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan warga JIM Johor, selaras dengan aspirasi melahirkan penjawat awam yang sihat, cergas, produktif dan berdaya saing. WARGA SIHAT, ORGANISASI HEBAT! #imigresen #kdnmadani #MalaysiaMadani #jimjohor #HariSukanNegara2026 © 2026 Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Johor https://linktr.ee/jimjohor
jimjohor
Region: MY
Saturday 21 November 2026 09:33:39 GMT
Music
Download
Comments
Petarung :
saye dah berulang ulang buat report tapi xde boleh datang,,
2026-11-21 12:08:45
0
To see more videos from user @jimjohor, please go to the Tikwm
homepage.