@lily.latif: Sakit merindui anak2 takkan pernah sama dengan sakit merindui sesiapa pun. Tapi apakan daya, inilah pengorbanan kami demi masa depan dan kesenangan anak2. Mummy taknak hampakan setiap permintaan anak2. Mummy nak usahakan selagi mampu, supaya anak2 dapat merasa kehidupan yang lebih baik. Semoga suatu hari nanti, anak2 faham bahawa di sebalik kesibukan Mummy dan Daddy mencari rezeki, ada rindu yang terpaksa kami pendam dan masa bersama yang terpaksa kami korbankan. Moga pengorbanan ini akhirnya terbayar dengan senyuman dan kebahagiaan anak2. Semoga setiap rindu yang ditahan hari ini digantikan dengan hari2 yang lebih indah untuk kita sekeluarga.