@suarasarawak: Sebuah kereta elektrik di wilayah Anhui, China, mencuri perhatian selepas dirakam bergerak ke hadapan dan mengundur berulang kali di tempat letak kereta bawah tanah sekitar jam 3 pagi. Petugas keselamatan yang menyedari kejadian itu mendapati kereta berkenaan bergerak tanpa pemandu seolah-olah berulang kali cuba meletakkan kenderaan secara automatik. Lebih mengejutkan, pemilik kereta mendapati ciri parkir automatik direkodkan aktif sebanyak 868 kali apabila memeriksa kenderaan itu pada keesokan paginya. Sumber: nexta_tv Video di atas bukan hak milik Suara Sarawak. Kredit telah diberikan kepada pemilik asal kandungan. Sekiranya pihak berkaitan ingin video ini diturunkan, sila hubungi kami melalui DM untuk tindakan lanjut. Terima kasih