@tvsarawak: Limbang Waterfront sepanjang kira-kira 1.8 kilometer terus menjadi antara lokasi tumpuan penduduk dan pelancong untuk menikmati pemandangan Sungai Limbang. Selain menjadi ruang rekreasi dan riadah, pembangunan kawasan tebingan ini turut memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan serta membuka peluang kepada aktiviti ekonomi setempat. Dengan landskap yang lebih tersusun dan kemudahan yang disediakan, Limbang Waterfront berpotensi menjadi antara ikon baharu bandar Limbang, khususnya sebagai lokasi santai dan persinggahan pengunjung. 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #Sarawakdecides #SarawakMemilih