@myharian: KAJANG: Lokasi berbukit berhampiran kawasan perindustrian di sini, dipercayai diceroboh sekumpulan warga asing sejak kira-kira tiga tahun lalu sebelum dijadikan tempat beriadah dan bersukan lengkap dengan gelanggang permainan serta pondok rehat. Tinjauan mendapati, kawasan itu lengang pada waktu siang, namun difahamkan akan dipenuhi warga asing pada waktu petang selepas tamat waktu bekerja serta pada hujung minggu bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Laluan untuk mendaki ke puncak bukit itu agak curam serta licin dan perlu lebih berhati-hati, namun terdapat tali yang diikat antara pokok berhampiran dipercayai dipasang bagi memudahkan pergerakan warga asing naik ke atas kawasan terbabit. Pemerhatian di kawasan lapang di puncak bukit itu turut menemukan sebuah padang bola sepak mini, gelanggang bola tampar serta gelanggang sepak takraw yang dibina secara haram. Selain itu, turut dibina beberapa pondok kecil dan tempat duduk menggunakan sisa kayu, papan terpakai serta kanvas yang dipercayai dijadikan tempat warga asing beristirehat selepas bersukan. Bagaimanapun, kawasan sekeliling gelanggang yang dibina dilihat dicemari dengan longgokan sampah sarap seperti plastik makanan, botol minuman serta sisa kayu yang dibuang merata-rata. Pekerja kilang berhampiran lereng bukit itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, aktiviti pencerobohan serta kehadiran warga asing di situ dipercayai sudah berlarutan sejak kira-kira tiga tahun lalu. Katanya, kawasan puncak bukit berkenaan pada asalnya dipenuhi pokok dan semak samun tebal sebelum diteroka serta dibersihkan menjadi kawasan lapang bagi tujuan riadah. "Warga asing yang sering naik ke atas bukit ini terdiri warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang kebanyakannya bekerja di kilang di kawasan perindustrian berhampiran. "Pada awalnya, jumlah mereka yang beriadah di atas bukit ini hanya sedikit, namun lama-kelamaan semakin bertambah sehingga mencecah puluhan orang pada satu-satu masa," katanya ketika ditemui hari ini. ARTIKEL PENUH DI PORTAL BERITA HARIAN BH ONLINE. #Kajang #PencerobohanTanah #WargaAsing #KawasanPerindustrian #AktivitiHaram

My Harian
My Harian
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 23 November 2026 06:32:22 GMT
3443
197
43
44

Music

Download

Comments

radzi.kamarudin
radzi kamarudin :
penguatkuasa mana ?
2026-11-23 09:28:09
8
a538122
ABU :
biarlah mereka bersukan dan beriadah. jangan cemburu
2026-11-23 09:28:41
0
brrpatapim436
amir :
Pejabat tanah pergi mana.
2026-11-23 09:25:58
6
guntalapelangi
ڬونتالا ڤلاڠي :
mpkj !!! ko org kuat tido !!! lepas mkn tido !!! baik letak jawatan aje lah !!! klu tak boleh buat keja ni !!!
2026-11-23 07:22:08
7
freevillie
freevillie :
ambil tindakan
2026-11-23 08:17:55
2
kay775366
kay :
madani gagal
2026-11-23 09:38:46
4
rozaimi.othman
Rozaimi Othman :
Apa nak heran.. Penceroboh Hutan pun berpuluh tahun kaut hasil Musang King dan melombong Emas sampai kaya raya..[Big LOL][Tears of joy] Kena plak zaman Madani.. Penceroboh kan boleh dapat Tanah Ganti.. tak pun upgrade le padang dan tempat riadah tu..[Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy]
2026-11-23 10:11:04
1
ganukite134
ganukite134 :
lama nya sampai 3 tahun.rakyat ambil peduli.tapi PBT cukup bulan ambik gaji je.lemah longlai la
2026-11-23 11:15:04
1
konarluklek
natekero2 :
Mne pga
2026-11-23 22:32:36
0
ramadann77324
Lily12 :
2026-11-23 12:46:23
0
san93425
San :
mana pihak berkuasa tolong siasat dan amik tindakan...
2026-11-23 13:19:45
0
shadan_adnan
otai batu pancing :
kawasan.tu.tak.ada.wakil.rakyat.ke..harian.kan
2026-11-23 08:59:36
0
singobeng79
Singobeng :
3 tahun bai bukan 3 bulan bukan 3 hari Dah macam xfunction betul penguasa2 ni Kerja la bai dengan selayaknya jangan malas jangan nak makan bersuap je Banyak yang nak kena jawab esok2 tu nnt
2026-11-23 14:50:46
0
mahadzirmahadzir43
madet :
Ambil kan tindakan
2026-11-23 13:26:05
0
samansamunsamun
azimun azimun :
pihak berkuasa buat apa selama tiga tahun .duduk office .makan gaji buat .makan wang haram
2026-11-23 13:08:46
0
samsudinabdullah14
Den Nebas :
bolih viral jrr mana ada penguatkuasa kat Kajang,tau dah kenyang
2026-11-23 11:14:48
0
syamtaiko
sham taiko :
pihak pemerintah kalau tak nampak lagi tak tahulah.
2026-11-23 12:20:18
0
zrimmaree8
zrimmaree :
3tahun apa pihak penguatkuasa buat.Goyang kaki di pejabat ya.. Jahanam negara dpt pegawai tidal amanah.
2026-11-23 11:01:43
0
bruhhplpp
bruhh :
hgpa tgk sdri pgei kerajaan buat keja apa..smpi depa blh buat mcm tu skli..bgitu kaki kerajaan tak buat keja semua nak tggu rakyat biasak bgitau
2026-11-23 09:40:10
0
sadiera_62
sadiera :
barunnampak. ke .orang pun TK devrepot
2026-11-23 09:33:21
0
mejaretak23
Imah :
tangkap.
2026-11-23 22:52:01
0
asdamainursery
supportthetruth :
Bil rasuah menjadi amalan...
2026-11-23 11:21:40
0
fariziah.mokhtar
INTAN :
hancur
2026-11-23 09:44:33
0
helang360.__
helang668. :
atas kebenaran pihak kerajaan..
2026-11-23 10:02:37
0
aizzwl6
aizzwL6 :
Oka la kot dari dia ganggu tmpat awam lain
2026-11-23 10:06:52
0
To see more videos from user @myharian, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About