@datopanglimaperang: TERIMA KASIH KERANA TERUS MENGANGKAT NAMA KELANTAN Saya sangat teruja dapat meluangkan masa bersama para pempengaruh dari seluruh negeri Kelantan dalam Majlis Himpunan "Influencer" Peringkat Negeri Kelantan di The Laman, Ibis Hotel, Kota Bharu. Dalam ucapan, saya menyatakan bahawa Kerajaan Negeri melihat golongan pempengaruh sebagai rakan strategik yang mampu membantu memperkukuh usaha pembangunan negeri. Tidak dinafikan, hasil kreativiti dan perkongsian mereka di media sosial telah membuka ruang untuk lebih ramai mengenali keunikan Kelantan, sama ada dari segi makanan, tempat-tempat menarik, seni, budaya mahupun keistimewaan masyarakatnya. Malah, ada yang turut berkongsi ilmu, menyampaikan maklumat dan mendidik anak-anak melalui platform digital. Sumbangan sebegini mungkin kelihatan sederhana, namun kesannya cukup besar dalam membantu masyarakat mendapatkan ilmu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pempengaruh yang terus mengangkat nama Kelantan. Teruskan berkarya, sebarkan perkara yang baik dan peliharalah nama serta imej negeri Kelantan. Tahniah dan syabas juga kepada semua penerima anugerah atas pengiktirafan yang diterima. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menghasilkan kandungan yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat. Tidak dilupakan, penghargaan kepada pihak penganjur serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertemuan yang cukup bermakna ini. Mudah-mudahan himpunan ini menjadi titik permulaan kepada gerakan pempengaruh Kelantan yang lebih tersusun dan berdaya saing. Semoga segala usaha dan sumbangan kecil mahupun besar ini diterima sebagai amal soleh, menjadi bekalan yang berharga apabila kita bertemu Allah SWT. #kelantan #KelateKito #anakmuda
Dato' Panglima Perang
Region: MY
Monday 23 November 2026 09:27:06 GMT
Music
Download
Comments
M3GAN :
harmoninya kelantan. sy selangor nak pindah duk kelantan la pulak
2026-11-24 00:32:55
57
qis :
Event yg baik, xperlu artis, cukup hargai bakat rakyat serata negeri angkat kelebihan negeri..Kelantan sgt unik dan harmoni
2026-11-23 11:36:01
155
lostboy :
bus stand guano kiro mb???
2026-11-23 15:13:13
11
boy :
hiyaz kena jemputan dk??
2026-11-23 11:46:07
50
Nisa Mohd Ghazali :
Perpaduan yang sebenar lihatlah Di negeri kelantan
2026-11-23 11:36:36
43
JemayJahari :
dale banyok2 cikgu jah yg saley cium tgan yb..terbaik
2026-11-23 12:09:26
28
Piey :
Bukok pawagam la plok dato, biar anak seni maju di negeri sndiri, kita terkenal budaya smpai ke antarabangsa
2026-11-23 10:23:07
20
ZZ KB :
terbaik kerajaan negeri kelate
2026-11-23 10:35:27
17
Flower Bunga🌹 :
hai tuan panglima kalau blh tuan bagi do majlis daerah ambik org import yg bljar phd luar negara blik buat perubahan besar di rantau panjang sy bg idea buat pusat makanan negeri no 1 dan jeli tempat pusat peranginan..kb xpyh sebb dia dh pusat.skrng tiba masa bgi org muda idea tajam untuk kemakmuran negeri,sy dh tngk pruntukan dri pusat kita blj buat buat plan dan mintk,yg tua2 tu bgi pancen dlu tiba masa kelantan berubah 360% syg anak2 kelate rmai org pandai,, Now the time to work
2026-11-23 13:18:42
5
Emi 💚 :
ramai rupanya... tak dae nak kenal 😅😅 terima kasih selalu mengangkat negeri Klate ❤🤍
2026-11-23 10:43:27
21
Poyie Gasi :
Ore dikir hadir.. piyukkk
2026-11-23 18:14:49
7
BitterLatte :
Tahniah Dato’ YAB MB. Tak keterlaluan kalau dikatakan Kelantan je yg appreciate influencers. Saya banyak kenal budaya, makanan dan keharmonian pelbagai kaum di Kelantan melalui influencers di Tiktok
2026-11-23 11:48:35
30
izzat :
semoga PAS tak buat zalim pada rakyat , sudah berpuluh tahun memerintah , taapiii......
2026-11-24 00:35:49
0
Syira Jamal🇲🇾🇵🇸 :
terbaikkk
2026-11-23 16:31:31
8
ina :
sedap plak lagu ni ..
2026-11-24 05:04:14
2
Wan Shukri Hassan💫 :
Alhamdulillah...Tahniah Semua Pempengaruh Anok Klate & Syabas Penganjur Serta Kerajaan Negeri Memartabat Keunikan Negeri Kpd Dunia Luar🤲
2026-11-23 11:05:26
6
Asyraf Sukuri :
Alhamdulillah terbaik MB ambo
2026-11-24 10:31:15
1
nikamirerfan.shop :
Terbaik kelate 🔥🔥🔥
2026-11-25 11:56:03
1
Pirate_1008 :
terbaik anak kelate
2026-11-23 10:08:18
5
❤️Madem_Niniey❤️ :
Alhamdulillah semo influencer hk aku knl ado..love dooh🥰
2026-11-23 23:57:22
1
Fendi Kenali :
Terbaik DATO MB alhamdulillah
2026-11-23 18:09:06
1
azizul_5195 :
terbaik anok jati kelate
2026-11-23 13:24:03
1
JaismakFam💘 :
Terbaik klate❤️💚
2026-11-25 14:29:40
0
starmoon78 :
no wonder la
2026-11-25 10:47:37
0
Faiz Ismail :
terbaik
2026-11-23 10:19:25
0
To see more videos from user @datopanglimaperang, please go to the Tikwm
homepage.