@fahmiasraff: 🎙️ Bila kali terakhir kita benar-benar memperbaiki kualiti suara dalam azan dan bacaan solat? Kadang-kadang kita terlalu biasa dengan cara bacaan sendiri, sehingga terlupa bahawa masih banyak teknik dan ilmu yang boleh dipelajari. Alhamdulillah, selesai perkongsian Kursus Pemantapan Vokal Imam & Muazzin bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Sepanjang kursus ini, kami memberi penekanan kepada teknik penghasilan suara, kawalan pernafasan, seni azan serta aplikasi Tarannum Nahwand dalam bacaan Al-Quran. Masya-Allah, cukup seronok melihat semangat para imam dan muazzin yang hadir. Masing-masing tidak kekok untuk mencuba dan menerima teguran demi memperbaiki mutu bacaan. ❤️ Dalam dunia Al-Quran, sehebat mana pun kita hari ini, tetap ada ruang untuk terus belajar. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi manfaat yang berpanjangan. 🤲🏻 #kelastarannumonline #kelastarannumfizikal #ustazfahmilegacy #fahmiasraf #kelasazan
Fahmi Asraf
Region: MY
Monday 23 November 2026 09:32:46 GMT
Music
Download
Comments
zalmi2800 :
terima kasih ustaz
2026-11-23 13:20:45
1
muabbat1 :
🥰 slm cinta dari Indonesia, buat ustad Fahmi ...
2026-11-24 06:17:19
0
مذكر :
alhamdulillah
2026-11-23 22:46:38
0
zalmi2800 :
Alhamdulillah ustaz
2026-11-23 13:20:39
1
zeckly :
🥰🥰🥰
2026-11-23 10:14:28
1
To see more videos from user @fahmiasraff, please go to the Tikwm
homepage.