@bernamaradioofficial: Polis menahan dua lelaki daripada ahli Geng Mat Lan Keladi yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kangar pada 17 Nov. Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 32 dan 35 tahun itu ditahan polis pada 4.35 pagi, selepas bertindak atas maklumat orang awam yang dipercayai berlaku kecurian kabel di kawasan sebuah stesen minyak di Taman Kemajuan, pada 4.25 pagi. Beliau berkata setibanya polis di kawasan stesen minyak berkenaan mendapati, terdapat tiga kereta dengan dipercayai ada tujuh lelaki terlibat dalam kecurian kabel ketika itu sebelum mereka melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. #BernamaNews #VideoBernama #curikabel