@bernamatvofficial: Dua buah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan melakukan rondaan di perairan berhampiran Pulau Teluk Renjuna, Tumpat, ketika tinjauan Bernama bersama Maritim Malaysia bagi memantau kawasan panas aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin sempena Monsun Timur Laut (MTL), hari ini. Tinjauan menggunakan bot penguat kuasa itu mendapati kawasan berhampiran Pulau Teluk Renjuna dan Sungai Kelantan mempunyai laluan perairan yang bersambung dengan beberapa kawasan kepulauan di perairan Tumpat, sekali gus menjadi antara lokasi yang diberi perhatian dalam operasi penguatkuasaan. 📸 Afiq Asri #digitalbernamatv #APMM #kelantan #tinjauan #MTL