@bukuibde_: Dalam hantaran yang lalu, kami dah bawakan karya-karya untuk kita kenal dan faham Imam al-Ghazali. Peringkat seterusnya adalah untuk mendalami lagi pemikiran Imam al-Ghazali, khusus dalam bidang akidah dan ilmu kalam. Mari telaah dua karya ini: 1️⃣ Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad Sebagai sebuah karya penting yang melanjutkan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah, ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama. Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada cerakinan dan pemaduan terhadap al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti mantik, bahasa dan etika perdebatan. 2️⃣ Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam Dalam karya ini Imam al-Ghazali mencerakinkan kebaikan dan turut menjelaskan pintu-pintu kekacauan dalam bidang ilmu kalam, terutamanya dalam perbahasan ayat-ayat mutasyabihat. Dianggap sebagai salah satu kitab pentingnya, buku ini berisi penghujahan sekitar ilmu kalam serta jua tegahan terhadap orang awam daripada turut serta dalam perbahasan kalam. Mulakan perjalanan mendalami warisan ilmu Imam al-Ghazali bersama Buku IBDE. #BukuIBDE #MalaysiaMembaca #MenterjemahDunia #Booktokmalaysia #Ilmukehidupan #ImamAlGhazali #TurathIslami #MenghidupkanTurath #Turath #BukuIslami
Buku IBDE
Region: MY
Wednesday 25 November 2026 08:30:00 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @bukuibde_, please go to the Tikwm
homepage.