@bella_qistina11: Sebab orang yang selalu sabar pun boleh penat. Orang yang selalu mengalah pun boleh kecewa. Dan orang yang selalu memaafkan pun boleh sampai satu tahap, dia dah tak mampu nak rasa apa-apa lagi, Jangan tunggu dia berubah jadi orang yang tak peduli baru nak hargai. Mungkin selama ini dia diam bukan sebab dia tak terluka, tapi sebab dia masih sayang. Dan bila suatu hari dia berhenti bertanya, berhenti menunggu dan berhenti berharap, jangan salahkan dia kerana berubah. Mungkin dia cuma sudah terlalu lama merasa dirinya tak pernah cukup penting untuk kamu. Kadang-kadang, orang yang paling banyak bersabar itulah yang paling banyak terluka. Jangan sampai dia penat menunggu, baru kita sedar betapa berharganya kehadiran dia. ❤️🩹 (Credit to by owner: eykaa26._) #HargaiSebelumKehilangan #KataKataHati #LuahanHati #DeepQuotes#FYP